KISAH NABI MUHAMMAD SAW
Contoh Akhlak Terpuji Nabi Muhammad Saw Banyak contoh
akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. yang mulia yang ditunjukkan kepada umat Islam.
Jika bercakap baginda akan bercakap benar. Hal ini diakui oleh Abu Jahal. Pada
suatu waktu Abu Jahal dikunjungi oleh seorang Quraisy yang bertanya,"Ya
Abal Hakam! Di sini tidak ada sesiapa selain engkau dan aku dan tidak ada juga
sesiapa yang dapat mendengar dialog kita selain engkau dan aku. Mengapa kulihat
banyak orang mempercayai Muhammad? Katakanlah dengan benar pendapatmu tentang
Muhammad itu, apakah dia benar atau dusta?" Jawab Abu Jahal:"Demi
Tuhan,sesungguhnya Muhammad itu orang yang benar dan tidak pernah berdusta sama
sekali!" Contoh Akhlak Terpuji Nabi Muhammad Saw Walaupun sedang bergurau
dan berjenaka, baginda tetap bercakap benar, tidak berdusta. Sebelum menjadi
Rasul, baginda telah digelar AL-AMIN yang artinya orang yang dipercayai.
Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang penyayang terhadap keluarga. Abu Hurairah
R.A.ada meriwayatkan : "Aqra' Bin Khabis pernah melihat Rasulullah S.A.W.
mencium cucunya, Hassan." Sejalan dengan itu, Prof.Dr.Hamka menyebutkan,
sifat penyayang Rasulullah S.A.W. adalah "Dia(Rasulullah S.A.W.) sayang
kepada segenap kerabatnya serta lemah-lembut sikapnya kepada
anak-cucunya." Anas Bin Malik R.A.seorang sahabat yang lama berkhidmat
kepada Rasulullah S.A.W. pernah berkata: "Tidak ada kulihat orang yang
lebih penyayang terhadap keluarganya melebihi Rasulullah S.A.W." Aisyah
R.A.pula ada meriwayatkan, "Jika Rasulullah tinggal di rumahnya, baginda
sangat lemah-lembut, suka tersenyum dan tertawa." Contoh baik sikap dan
pendirian baginda dalam usaha baginda berdakwah ialah kesabaran dan ketabahan baginda
menghadapi segala rintangan dan penentangan. Baginda menyeru kepada orang-orang
terkemuka Kota Taif agar mentauhidkan Allah. Mereka bukan saja tidak menerima
seruan itu tetapi juga mengarahkan pemuda-pemuda dan orang-orang jahat untuk
mencaci-maki, menyoraki dan melempari baginda dengan batu sehingga berdarah.
Pada peristiwa lain pula Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam kepada
orang ramai yang mengerjakan haji di Mekah tetapi seruannya tidak diterima
malah beliau disakiti. Begitu pula saat baginda mendakwahkan Islam kepada
masyarakat di Mekah, Abu Lahab berteriak mengatakan Muhammad murtad dari
agamanya dan seorang pendusta. Baginda menghadapi semuanya dengan sabar dan
tabah. Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul seseorang dengan tangannya kecuali
kerana fi sabilillah. Baginda juga tidak pernah berdendam kepada seseorang
kerana sesuatu yang dilakukan ke atas dirinya. Tidak pernah seseorang yang
datang kepada baginda, tak perduli ia orang merdeka atau hamba sahaya yang
mengadukan keperluannya melainkan dipenuhi hajat mereka. Apabila baginda
bertemu dengan salah seorang sahabatnya, baginda akan menghulurkan tangan untuk
berjabat tangan. Begitu juga terhadap tamu yang datang, baginda hormati
sehingga kadang-kadang dihamparkan baju untuk tamu itu duduk di atasnya seperti
kepada kaum Nasrani dari Najran. Baginda sering memberikan bantal kepada orang
yang datang supaya dia dapat bersandar. Apabila dalam majelis yang ramai,
baginda akan menumpukan perhatian kepada semua orang hingga seolah-olah kesemua
majlisnya, pendengaran, percakapan, kehalusan budi pekerti dan perhatiannya
ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di majelis itu. Baginda
lebih suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk
menghormati dan memikat hati mereka. Yang tidak memiliki gelar panggilan,
baginda akan memberinya nama gelaran bukan saja kepada sahabat lelaki tetapi
juga kepada wanita dan kanak-kanak. Baginda tidak berbicara jika tidak perlu.
Baginda juga tidak pernah mengatakan sesuatu atau marah kecuali yang benar.
Rasulullah amat jarang marah dan apabila marah segera reda. Apabila mendengar
orang berbicara yang kurang baik, baginda akan memalingkan mukanya dari orang
itu. Jika ada sesuatu yang harus disampaikan tetapi baginda tidak menyukainya,
maka baginda rasul menggunakan kata-kata kiasan atau sindiran. Dalam semua
perbicaraan baginda akan menggunakan kata-kata yang baik dan nasihat-nasihat
yang berguna. Baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah
memaafkannya. Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa tentara musyrikin yang
berdiri di kepala baginda dengan sebilah pedang seraya berkata kepada
baginda,"Siapakah yang dapat mempertahankan engkau daripada pedangku
ini?" Rasulullah S.A.W.menjawab dengan tegas :"Allah." Dengan
jawaban itu gementarlah tangan orang musyrikin itu dan pedang yang dipegangnya
itu jatuh dari tangannya. Pedang itu diambil oleh Rasulullah S,A.W.tetapi
baginda tidak membunuhnya malahan membebaskannya walaupun baginda boleh
membunuhnya. Dalam peristiwa lain, seorang Arab dusun kencing di dalam masjid.
Para sahabat bertindak akan memukul orang itu tetapi dihalangi oleh baginda.
Orang itu dinasihati oleh baginda dengan kata-kata yang baik. Begitu juga saat
baginda dan orang-orang Islam berjaya menguasai Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah,
baginda tidak membalas dendam kepada orang-orang yang dahulunya sering
menganggu dan menyakiti orang-orang Islam. Hanya beberapa orang saja dibunuh.
Yang lain dimaafkan dan dibebaskan baginda. Walaupun baginda seorang nabi dan
rasul, akan tetapi baginda tetap melakukan hal-hal yang dikerjakan oleh para
sahabat. Pada suatu ketika dalam perjalanan, beberapa orang sahabat berencana
untuk menyembelih seekor kambing dan membagikan dagingnya di antara mereka.
Seorang bertugas menyembelih dan seorang lagi bertugas memasak daging.
Rasulullah bersabda bahawa baginda bersedia mengumpulkan kayu-kayu. Para
sahabat berkata,"Ya Rasulullah,itu pun kami akan lakukan di antara
kami." Rasulullah menjawab,"Daku tahu bahawa kamu semua akan melakukannya
dengan senang hati tetapi daku tidak mau menjadi orang yang paling terkemuka di
kalangan kumpulan ini dan Allah pun tidak menyukainya." Di rumah, baginda
juga membantu isteri-isterinya. Baginda membetulkan sendiri kasutnya, menjahit
pakaian dan memerah susu kambing.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar